Adda Dental

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

Cabutan Gigi

Apabila terdapat banyak kerosakan di gigi untuk diperbaiki, gigi tersebut mungkin perlu dicabut atau dikeluarkan dari gusi gigi.

Kenapa gigi perlu dicabut? 

  • Terdapat gigi lebihan yang menghalang gigi lain daripada tumbuh dan keluar dari tulang rahang.
  • Kepada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ortodontik (braces gigi) , pada kebiasaanya perlu mencabut gigi bagi memberikan ruang kepada gigi lain untuk diatur semula.
  • Gigi geraham atau juga dipanggil gigi bongsu kebiasaannya dicabut sebelum atau selepas ia tumbuh. Selalunya gigi geraham tubuh pada usia awal 20-an. Gigi geraham perlu dicabut jika ia rosak, terdapat infeksi atau tiada ruang yang cukup untuk ia tumbuh. Untuk sesetengah kes, gigi geraham ini perlu dicabut melalui proses surgery yang dikenali sebagai Minor Oral Surgery (MOS)

JENIS-JENIS CABUTAN GIGI

  • Cabut Gigi Biasa

Cabutan ini dilakukan kepada gigi yang boleh dinampak dengan mata kasar. Kebiasaanya, doktor gigi akan memudahkan cabutan gigi dengan menggunakan instrumen yang dipanggil “elevator”. Kemudian, doktor gigi akan menggunakan instrumen “forceps” untuk mencabut gigi tersebut.

  • Pembedahan Pergigian

Cabutan ini lebih kompleks seperti gigi yang telah patah dari gusi atau belum tumbuh keluar dari tulang rahang. Doktor akan membuat “incision” (belahan) ke dalam gusi untuk mencabut dan membuang gigi yang patah atau gigi geraham mengikut prosedur pembedahan.

APA ITU GIGI GERAHAM ATAU GIGI BONGSU? 

Gigi geraham atau gigi bongsu adalah gigi (molar) terakhir untuk kedua-dua rahang gigi kita. Gigi geraham selalunya akan tumbuh yang terakhir sekali berbanding gigi-gigi yang lain. Disebabkan ia tumbuh yang terakhir sekali, gigi geraham tidak mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh. Hal ini akan cenderung ke arah gigi geraham yang di-impacted, terperangkap di dalam gusi oleh gigi yang lain atau tulang. Jika gigi di-impacted, bengkak dan ketidakselesaan akan berlaku. 

BAGAIMANA GIGI GERAHAM (GIGI BONGSU) DICABUT?

Cabut gigi ini merupakan suatu rutin kebiasaan doktor gigi, selalunya doktor gigi akan menggalakkan penggunaan local anesthesia sebagai ubat bius. Selepas gigi berjaya dicabut, pesakit akan perlu mengigit dengan perlahan sehelai gauze selama 30 hingga 45 minit untuk mengurangkan pendarahan.

error: Content is protected !!