loader image

Adda Dental

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

IMPLAN GIGI (GIGI TANAM)

Implan pergigian adalah tiang logam atau bingkai yang dimasukkan secara pembedahan ke dalam tulang rahang di bawah gusi anda. Setelah dimasukkan, doktor gigi akan memasang gigi gantian di atas implan tersebut. Implan dibuat dengan memotong tisu gusi pada gigi yang telah hilang.

Tulang pada bahagian gigi tersebut akan digerudi dimana implan akan diskru masuk ke dalam tulang sebelum gusi dijahit. Prosedur ini dilakukan dibawah anestesia setempat atau sedatif dan prosedur ini tidak menyakitkan. 

Implan pergigian adalah penyelesaian yang selesa bagi mereka yang telah kehilangan gigi akibat pereputan atau kecederaan. Implan juga adalah penggantian kekal yang boleh memberi anda rupa dan rasa gigi yang sebenar.

KELEBIHAN IMPLAN PERGIGIAN

Implan pergigian memberikan rupa dan rasa seperti gigi biasa dan anda akan merasa sangat selesa selepas membuat implan gigi. Secara estetika, implan gigi memudahkan anda untuk makan dan bercakap. Implan gigi juga tidak longgar seperti gigi palsu. Implan pergigian juga memberi manfaat kepada kesihatan mulut kerana ia tidak perlu disambung dengan gigi lain seperti jambatan.

 

 

HASIL IMPLAN (SEBELUM & SELEPAS)

Waktu Operasi

 

 

Kami beroperasi setiap hari!

9:00AM – 6:00PM

(1PM – 2PM Rehat)

 

No 108 & 110GF, Jalan Adda 7, 81100, Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

Hak cipta terpelihara © 2023 Klinik Pergigian Adda