Adda Dental

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

Korona & Jambatan Gigi

APA ITU KORONA  GIGI?

Korona pergigian menjadi pilihan ramai bagi menggantikan gigi yang hilang atau menguatkan gigi yang lemah. Diperbuat daripada bahan pergigian yang ditempatkan di atas gigi untuk memberikan perlindungan dan sokongan tambahan kepada gigi. 

Terdapat empat jenis bahan yang digunakan untuk korona: seramik, porselin bersama logam, aloi emas dan aloi berasaskan logam. Di Klinik Pergigian Adda kami menggunakan korona bebas logam untuk mengelakkannya memasuki sistem badan yang boleh menjejaskan kesihatan anda.

BILAKAH KORONA PERGIGIAN DIPERLUKAN?

Doktor gigi akan mengesyorkan korona jika anda mengalami masalah tersebut:

  • Menggantikan tampalan besar apabila tidak ada baki gigi yang mencukupi
  • Melindungi gigi yang lemah daripada patah
  • Memulihkan gigi yang patah
  • Memasang jambatan
  • Menutup implan gigi
  • Menutup gigi berubah warna atau sumbing
  • Menutup gigi yang mempunyai rawatan kanal akar

APAKAH JAMBATAN PERGIGIAN?

Jambatan biasanya digunakan untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Jambatan disimen dengan gigi semula jadi atau implan yang mengelilingi ruang kosong. Gigi yang dipanggil ‘abutments’ ini berfungsi sebagai penambat untuk jambatan. Gigi gantian yang dipanggil ‘pontic’ pula ditampal pada korona yang menutupi ‘abutments’.

Sama seperti korona, anda juga boleh memilih bahan jambatan. Doktor gigi anda boleh membantu anda membuat keputusan, berdasarkan lokasi gigi yang hilang atau fungsinya, nilai estetika dan kos. Jambatan porselin atau seramik boleh dipadankan dengan warna gigi semula jadi anda.

 

Waktu Operasi

Kami beroperasi setiap hari!

9:00AM – 6:00PM

(1PM – 2PM Rehat)

No 108 & 110GF, Jalan Adda 7, 81100, Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

All rights reserved. © 2019 Adda Dental

Designed by: Design Kita

All rights reserved. © 2019 Adda Dental

Designed by: Design Kita

error: Content is protected !!