Rawatan kanal akar (RCT) adalah penghapusan pulpa gigi. Pulpa yang rosak, berpenyakit atau mati akan dikeluarkan, ruang yang tinggal akan dibersihkan, dibentuk dan diisi. Prosedur ini menutup kanal akar yang tinggal.
Penyebab lazim kerosakan atau kematian pulpa adalah:
- Gigi retak
- Gigi berlubang yg sangat dalam
- Kecederaan pada gigi, seperti hentakan teruk pada gigi, sama ada baru atau pada masa lalu
Pulpa yang dijangkiti atau mati sekiranya tidak dirawat boleh mengakibatkan nanah pada hujung akar di tulang rahang, membentuk abses. Abses boleh memusnahkan tulang di sekeliling gigi dan juga mengakibatkan kesakitan.
Klinik Pergigian Adda (Adda Dental), kami menggunakan laser dan putaran rotari untuk RCT untuk membersihkan pulpa gigi dengan berkesan.
SIMPTOM-SIMPTOM
Simptom yang paling biasa yang menandakan kanal akar diperlukan adalah sakit gigi. Kadar kesakitan ini adalah dari sederhana kepada teruk, boleh berkurangan atau meningkat sepanjang hari dan kadang kala boleh bertambah sakit dengan hanya menggigit.