Adda Dental

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

Teknologi Pergigian

Di KLINIK PERGIGIAN ADDA, kami menggunakan teknologi yang terkini untuk mengurangkan rasa sakit semasa anda menerima rawatan dengan kami. Dengan peralatan dan perisian yang kami ada, tiada apa masalah yang sukar diatasi di klinik kami. Keutamaan kami adalah untuk menyediakan khidmat rawatan yang terbaik untuk kesihatan oral anda. 

PLANMECA PROSENSOR

Klinik kami menggunakan menggunakan sinar-x digital untuk memastikan hasil akhir sinar-x berkualiti tinggi dan dapat memberikan diagnosis yang lebih baik. Alat sinar-x kami mempunyai pendedahan sinaran yang rendah dan mempunyai perisian yang canggih yang mampu menganalisis secara automatik sinar-x cephalometric. Sinar-x cephalometric memberikan diagnosis ortodontik yang lebih tepat. 

AUTOCLAVE KELAS B

Di KLINIK PERGIGIAN ADDA kami menggunakan Autoclave Kelas B yang mempunyai tahap membunuh bakteria dan virus tertinggi. Autoclave ini mempunyai tahap prestasi yang canggih yang setaraf dengan alat pensterilan di hospital-hospital.

LASER PERGIGIAN

Laser pergigian adalah pilihan yang minimal invasif berbanding dengan kaedah tradisional untuk merawat pelbagai masalah oral. Pelbagai manfaat yang diperoleh dari prosedur ini seperti mengurangkan kesakitan dan tempoh sembuh lebih cepat dan risiko untuk mendapat infeksi di gusi selepas rawatan adalah kurang.

Kaedah rawatan ini telah digunakan dalam pelbagai bahagian pergigian seperti: 

  • Surgeri Pergigian
  • Ortodontik
  • Pemutihan
  • Biostimulasi dan rawatan kesakitan TMJ
  • Dipigmentasi perio gengival dan gingevektomi

SISTEM ENDODONTIK ROTARI

Prosedur ini kebiasaanya digunakan untuk rawatan kanal akar. Dengan peralatan berkuasa tinggi, pembersihan dan pembentukan kanal akar lebih tepat lalu membuatkan prosedur penampalan lebih mudah. Bukan itu sahaja, sistem ini secara dramatik mengurangkan sensitiviti dan rasa tidak selesa lebih cepat berbanding rawatan endodontik konvesional. 

LOKATOR APEKS (APEX LOCATORS)

Lokator apek adalah sebuah alat elektronik yang digunakan untuk rawatan endodontik bagi menentukan panjang dan ruang kanal akar secara tepat supaya supaya proses pembersihan lebih mudah dan kurang sakit. 

MOTOR IMPLAN PERGIGIAN DAN SURGIKAL

Prosedur surgeri yang sukar tidak lagi memerlukan jumlah tenaga yang banyak kerana dengan adanya motor implan pergigian dan surgikal. Surgikal dan motor implan pergigian kini lebih baik dan selamat berbanding alatan tangan biasa.

Kebersihan menggunakan alat ini juga jauh lebih baik kerana ia menggunakan steril saline dan bukan air paip. Dengan cara ini, luka akan terlindung dari pencemaran dan infeksi. Semasa prosedur pemotongan tulang, alat ini tidak mengeluarkan angin yang secara signifikan mengurangkan bengkak dan emfisema selepas surgeri. 

 

Waktu Operasi

Kami beroperasi setiap hari!

9:00AM – 6:00PM

(1PM – 2PM Rehat)

No 108 & 110GF, Jalan Adda 7, 81100, Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

All rights reserved. © 2019 Adda Dental

Designed by: Design Kita

All rights reserved. © 2019 Adda Dental

Designed by: Design Kita

error: Content is protected !!