loader image

Adda Dental

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

di Adda Dental,
kami hanya menggunakan teknologi yang terbaik untuk kesihatan & kebersihan oral anda.

TMJ Pain Therapy (Jaw Pain)

APA ITU TMJ?

Sendi temporomandibular (TMJ) terletak berhadapan bawah telinga. Disitu adalah bahagian sendi yang membenarkan rahang bawah untuk bergerak. Sendi TMJ ini terdiri dari bola dan soket yang sama seperti pinggul dan bahu. Apabila mulut terbuka lebar, bola yang dipanggil condyle terkeluar dari soket dan bergerak ke hadapan. Condyle tersebut akan kembali ke kedudukan asal apabila mulut ditutup. 

SIMPTOM-SIMPTOM TMD

Masalah rahang yang dikawal oleh otot di wajah anda dikenali sebagai temporomandibular disorders (TMD). TMD kebiasaanya memberikan simptom seperti sakit kepala (selalunya seperti migrain), sakit telinga, bunyi ‘klik’ atau ‘pop’ apabila mulut dibuka dan ditutup atau otot rahang bengkak.

DIAGNOSIS

Doktor gigi akan memeriksa kedudukan rahang anda dan menentukan sama ada mulut anda boleh ditutup dengan mudah melalui sinar-x untuk mengesahkan diagnosis klinikalnya. 

RAWATAN TMJ

Doktor gigi anda mungkin memasukkan alat pergigian yang dipanggil ‘Occlusal Splint’ atas gigi untuk terapi untuk TMD. Peranti ini akan membantu menghidupkan kembali kesakitan dan membantu memulihkan fungsi rahang.

Selepas rawatan, anda dinasihatkan untuk memakan makanan yang lembut dan cecair selama beberapa minggu selepas menerima rawatan. Hal ini adalah untuk mengurangkan pergerakan mulut serta mengurangkan tekanan pada rahang. Elakkan makanan yang sukar dikunyah seperti lobak merah, daging, gula-gula keras dan kiub ais. 

Rawatan laser juga merupakan salah satu solusi untuk merawat TMD. Tenaga laser mampu menembusi kedalam tisu yang mengelilingi sendi yang sakit. Keradangan didalam tisu boleh dikurangkan dan kelegaan boleh dirasai serta merta. Rawatan Laser juga membantu stimulasi penyembuhan dari TMJ.

Waktu Operasi

Kami beroperasi setiap hari!

9:00AM – 6:00PM

(1PM – 2PM Rehat)

No 108 & 110GF, Jalan Adda 7, 81100, Johor Bahru, Johor, Malaysia. 

All rights reserved. © 2019 Adda Dental

Designed by: Design Kita

All rights reserved. © 2019 Adda Dental

Designed by: Design Kita