APA ITU VENIR PERGIGIAN
Venir adalah porselin nipis yang direka semula seperti permukaan gigi asal. Venir memberikan kekuatan serta daya tahan yang setanding dengan enamel gigi semula jadi. Porselin nipis ini direkabentuk mengikut kontur gigi dan dilekat pada enamel asal gigi.
ADAKAH VENIR PERGIGIAN PILIHAN YANG BAGUS?
Venir pergigian adalah pilihan mampu milik untuk menutup gigi yang sumbing atau tidak rata. Venir perlu diganti selepas satu jangka masa, tetapi dengan penjagaan kebersihan oral yang baik dapat membantu untuk memanjangkan tempoh ketahanan venir.