
Apa itu Pendakap Gigi?
Atau lebih dikenali sebagai braces, adalah alat yang digunakan dalam bidang ortodontik untuk menyusun semula gigi yang tidak teratur, jongang, atau jarang.
Tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki fungsi kunyahan dan rupa paras senyuman anda dengan menggerakkan gigi ke kedudukan yang betul secara perlahan-lahan.


Mengapa seseorang perlu memakai Braces?
Gigi Sesak (Crowded teeth): Tiada ruang yang cukup untuk gigi tumbuh lurus.
Gigi Jarang (Gaps): Terdapat ruang yang besar di antara gigi.
Masalah Gigitan (Bite issues): Seperti overbite (gigi atas terlalu ke depan) atau underbite (gigi bawah lebih ke depan).
Jenis-Jenis Pendakap Gigi:
- Conventional – Jenis paling tradisional dan biasa digunakan.
- Self-ligating – tidak menggunakan getah warna-warni
- Ceramic – Berwarna seakan gigi atau lutsinar supaya kurang kelihatan.
- Invisalign – Sarung plastik lutsinar yang boleh ditanggal.
Proses Rawatan
Rawatan biasanya mengambil masa antara 1 hingga 3 tahun atau lebih, bergantung kepada tahap keseriusan susunan gigi. Selepas pendakap dibuka, pesanan retainer (pemegang gigi) wajib dipakai untuk memastikan gigi tidak kembali ke kedudukan asal.




