Pergigian Kanak-Kanak: Membina Asas Senyuman Sihat Seumur Hidup
Di Klinik Pergigian Adda, kami percaya bahawa kunjungan ke doktor gigi seharusnya menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kami menyediakan perkhidmatan pergigian kanak-kanak (Pedodontics) yang komprehensif, lembut, dan bebas trauma di persekitaran yang ceria di
Johor Bahru.
Mengapa Rawatan Sejak Kecil Sangat Penting?
1. Mencegah Kerosakan Saraf: Mengesan lubang kecil lebih awal mengelakkan anak daripada mengalami sakit gigi yang melampau.
2. Menjaga Gigi Kekal: Gigi susu yang sihat adalah “penunjuk jalan” bagi gigi kekal tumbuh di kedudukan yang betul.
3. Keyakinan Diri: Anak yang mempunyai gigi bersih dan cantik lebih berani untuk tersenyum dan berkomunikasi.
4. Menghilangkan “Dental Anxiety”: Kunjungan awal membina kepercayaan anak terhadap doktor gigi, menjadikannya rutin yang mudah bila mereka dewasa.
Tampalan

- Kami menggunakan bahan tampalan warna gigi Komposit atau Glass Ionomer Cement (GIC) yang selamat untuk si kecil.
- Ini sangat penting bagi mengelakkan sakit gigi yang melampau dan jangkitan kuman.
Scaling & Polishing

- Prosedur pembersihan lembut untuk membuang plak dan daki makanan yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi biasa.
- Ia membantu mencegah gusi berdarah dan memberikan nafas yang lebih segar untuk anak anda.
//Cabutan Gigi

- Prosedur mengeluarkan gigi susu yang sudah sangat goyang, rosak teruk, atau perlu memberi ruang kepada gigi kekal.
- Kami menggunakan teknik bius yang sangat minima dan lembut untuk mengurangkan keresahan anak.
//Fissure Sealants

- Lapisan pelindung nipis yang disapu pada permukaan kunyahan gigi geraham untuk menutup alur dalam.
- Ia bertindak sebagai perisai daripada sisa makanan terperangkap, sekaligus mencegah “ulat gigi” dengan berkesan.
//Varnis Fluorida

- Sapuan mineral fluorida pada seluruh permukaan gigi untuk menguatkan lapisan enamel.
- Rawatan ini menjadikan gigi anak lebih tahan terhadap serangan asid dan membantu menghalang kerosakan awal.
Invisalign First

- Teknologi aligner lutsinar yang direka khas untuk kanak-kanak (fasa awal).
- Ia membetulkan susunan gigi dengan cara yang lebih selesa, estetik, dan mudah untuk dibersihkan berbanding braces besi.
Pendakap Gigi

- Penyelesaian ortodontik tradisional untuk membetulkan masalah gigitan dan susunan gigi yang bertindih.
- Rawatan awal dapat membantu memastikan pertumbuhan rahang dan gigi kekal anak lebih teratur.
//Digital X-Rays

- Menggunakan teknologi radiasi rendah yang selamat untuk kanak-kanak.
- Ia membantu doktor melihat kedudukan benih gigi kekal di bawah gusi dan mengesan kerosakan di celah-celah gigi yang tidak nampak dengan mata kasar.
JADIKAN GIGI ANAK ANDA SIHAT SEMULA
Bertindak awal untuk menyelamatkan gigi anak anda. Hubungi pasukan Adda Dental hari ini!
SOALAN LAZIM
Adakah selamat untuk anak saya menjalani prosedur X-ray?
Ya. Kami menggunakan teknologi X-ray digital moden dengan tahap radiasi yang sangat rendah dan selamat untuk kanak-kanak bagi membantu doktor melihat masalah di bawah gusi.
Apa itu Fissure Sealant dan adakah anak saya memerlukannya?
Ia adalah lapisan pelindung pada permukaan gigi geraham untuk menghalang sisa makanan tersangkut dalam alur gigi yang dalam. Ia sangat berkesan mencegah lubang gigi geraham.
Bolehkah bayi menjalani prosedur Tongue-tie di sini?
Boleh. Kami menyediakan perkhidmatan frenektomi (pembedahan kecil) untuk lidah atau bibir terikat (tongue/lip tie) bagi membantu bayi menyusu dengan lebih efisien.
Adakah kanak-kanak boleh memakai Invisalign?
Ya, kami menawarkan Invisalign First yang direka khas untuk kanak-kanak yang masih mempunyai gabungan gigi susu dan gigi kekal.
![]()






