Apa itu Pendakap Gigi?

Atau lebih dikenali sebagai braces, adalah alat yang digunakan dalam bidang ortodontik untuk menyusun semula gigi yang tidak teratur, jongang, atau jarang.

Tujuan utamanya adalah untuk memperbaiki fungsi kunyahan dan rupa paras senyuman anda dengan menggerakkan gigi ke kedudukan yang betul secara perlahan-lahan.

Mengapa seseorang perlu memakai Braces?


Gigi Sesak (Crowded teeth): Tiada ruang yang cukup untuk gigi tumbuh lurus.

Gigi Jarang (Gaps): Terdapat ruang yang besar di antara gigi.

Masalah Gigitan (Bite issues): Seperti overbite (gigi atas terlalu ke depan) atau underbite (gigi bawah lebih ke depan).

Jenis-Jenis Pendakap Gigi:

  1. Conventional – Jenis paling tradisional dan biasa digunakan.
  2. Self-ligating – tidak menggunakan getah warna-warni 
  3. Ceramic – Berwarna seakan gigi atau lutsinar supaya kurang kelihatan.
  4. Invisalign – Sarung plastik lutsinar yang boleh ditanggal.

Proses Rawatan

Rawatan biasanya mengambil masa antara 1 hingga 3 tahun atau lebih, bergantung kepada tahap keseriusan susunan gigi. Selepas pendakap dibuka, pesanan retainer (pemegang gigi) wajib dipakai untuk memastikan gigi tidak kembali ke kedudukan asal.

Perbandingan Jenis Pendakap Gigi di Klinik Pergigian Adda

Jenis BracesKonvensional (Tradisional)Self-LigatingCeramicInvisalign
MaterialKeluli tahan karat
(Stainless Steel)
Logam atau SeramikSeramik (Warna Gigi/Lutsinar)Plastik perubatan (SmartTrack)
Kelebihan UtamaPaling Mampu Milik.
Sangat efektif untuk kes susunan gigi yang kompleks. Pesakit boleh menukar warna getah (o-ring) setiap bulan.
Lebih Selesa & Pantas. Menggunakan klip khas (tanpa getah), mengurangkan geseran, kurang menyakitkan, dan tempoh rawatan lebih singkat.Kurang Kelihatan.
Pendakap berwarna putih atau lutsinar supaya nampak lebih natural dan kurang menonjol berbanding besi.
Halimunan & Boleh Ditanggalkan.
Tiada besi atau dawai. Sangat selesa, mudah untuk makan dan memberus gigi. Hampir tidak kelihatan.
Tahap Estetika⭐⭐
Sangat ketara
⭐⭐⭐
Sesuai untuk semua
⭐⭐⭐⭐
Kurang ketara
⭐⭐⭐⭐⭐
Hampir halimunan

SEBELUM DAN SELEPAS BRACES

SOALAN LAZIM

Berapakah umur yang sesuai untuk memakai braces?
Walaupun braces boleh dipakai pada mana-mana peringkat umur, waktu terbaik adalah sekitar umur 11 hingga 14 tahun semasa gigi kekal sudah tumbuh sepenuhnya. Namun, orang dewasa juga sangat digalakkan jika ingin membetulkan susunan gigi.

Berapa lamakah tempoh rawatan braces?
Secara purata, rawatan mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan atau lebih. Tempoh ini bergantung kepada tahap keseriusan masalah gigi dan kerjasama pesakit dalam menghadiri temujanji.

Perlukah saya mencabut gigi untuk memakai braces?
Tidak semua kes memerlukan cabutan.
Ia bergantung kepada ruang yang ada pada rahang anda. Doktor akan melakukan pemeriksaan teliti dan X-ray terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Bolehkah saya membayar secara ansuran?
Ya, klinik kami menyediakan pelan pembayaran ansuran bulanan yang fleksibel untuk memudahkan anda memulakan perjalanan senyuman impian anda.

Pendakap Gigi Kanak-kanak

Kelebihan Rawatan Ortodontik Awal

  1. Meningkatkan Keyakinan Diri: Membantu anak anda tersenyum dengan yakin semasa fasa pertumbuhan mereka.
  2. Membimbing Pertumbuhan Rahang: Memastikan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.
  3. Membetulkan Tabiat Buruk: Menangani masalah akibat menghisap jari atau cara menelan yang salah.
  4. Mengurangkan Risiko Cabutan: Dengan menyediakan ruang lebih awal, kebarangkalian untuk mencabut gigi kekal di masa hadapan adalah lebih rendah.

Pilihan Rawatan di Adda Dental

  • Invisalign First: Aligner lutsinar khas untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Sangat selesa, boleh dibuka untuk makan, dan hampir tidak kelihatan.
  • Braces Tradisional (Metal/Ceramic): Pilihan klasik yang sangat efektif untuk menyusun gigi dengan tepat.

SEMAK PERTUMBUHAN GIGI ANAK ANDA

Bertindak awal untuk menyelamatkan gigi anak anda. Hubungi pasukan Adda Dental hari ini!

Loading

Scroll to Top