
Implan Gigi: Penyelesaian Kekal Untuk Gigi Hilang
Adakah anda mengalami masalah gigi rongak yang menjejaskan keyakinan dan kesukaran untuk makan? Implan gigi atau tanam gigi adalah teknologi tercanggih dalam dunia pergigian untuk menggantikan gigi yang hilang dengan hasil yang paling mendekati gigi asli.
Apa Itu Implan Gigi / Tanam Gigi?
Implan gigi adalah skru kecil yang diperbuat daripada titanium (bahan yang serasi dengan badan manusia) yang ditanam ke dalam tulang rahang melalui pembedahan kecil. Skru ini bertindak sebagai akar tiruan yang sangat kuat untuk menyokong mahkota gigi (crown), jambatan, atau gigi palsu.
Sebelum dan Selepas Implan Gigi
Mengapa Implan Gigi Sangat Penting?
Banyak yang menganggap gigi hilang hanya masalah rupa, namun ia memberi kesan jangka panjang:
- Mencegah Penyusutan Tulang: Apabila gigi hilang, tulang rahang akan mula mengecut. Implan merangsang pertumbuhan tulang dan mengekalkan struktur wajah anda.
- Menjaga Gigi Bersebelahan: Berbeza dengan jambatan gigi (bridge), implan tidak memerlukan gigi bersebelahan diasah.
- Kestabilan Maksimum: Anda boleh makan, bercakap, dan ketawa tanpa risau gigi “tercabut” atau longgar seperti gigi palsu biasa.
- Keyakinan Diri: Hasilnya nampak sangat asli sehingga orang lain tidak akan menyedari ia adalah gigi tiruan.
Siapa Yang Memerlukan Implan Gigi?
- Individu yang kehilangan satu, beberapa, atau keseluruhan barisan gigi.
- Pesakit yang tidak selesa atau tidak mahu memakai gigi palsu jenis buka-pasang.
- Sesiapa yang mempunyai tulang rahang yang cukup dan sihat untuk menyokong implan.
- Mereka yang inginkan penyelesaian jangka panjang (pelaburan seumur hidup).
Dapatkan konsultasi pakar implan kami hari ini
dan lihat bagaimana kami boleh membantu anda makan dan senyum dengan penuh keyakinan semula.
SOALAN LAZIM
Adakah prosedur tanam gigi ini menyakitkan?
Prosedur dilakukan di bawah bius setempat (local anaesthesia), jadi anda tidak akan merasa sakit semasa pembedahan. Rasa tidak selesa selepas pembedahan adalah minima dan boleh dikawal dengan ubat tahan sakit biasa.
Adakah implan gigi boleh bertahan seumur hidup?
Ya. Dengan penjagaan kebersihan mulut yang baik dan pemeriksaan rutin, implan gigi direka untuk bertahan seumur hidup.
Berapa lama proses implan gigi ini siap sepenuhnya?
Proses ini biasanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan. Ini bagi membolehkan skru titanium bercantum sepenuhnya dengan tulang rahang (osseointegration) sebelum mahkota gigi dipasang.
Adakah saya terlalu tua untuk mendapatkan implan?
Tiada had umur untuk implan. Selagi kesihatan umum anda baik dan mempunyai tulang rahang yang mencukupi, anda adalah calon yang sesuai.
![]()









