Rawatan Am dan Pengetahuan
Kami mengesyorkan pemeriksaan rutin dan scaling & polishing (cuci gigi) setiap 6 bulan sekali untuk mengesan masalah awal dan mengekalkan kesihatan gusi.
Secara amnya tidak. Anda mungkin merasa sedikit ngilu jika mempunyai karang gigi yang tebal atau gusi sensitif, kebiasaannya doktor gigi kami akan sapu ubat bius sebelum memulakan rawatan. Jika anda rasa tidak selesa, dan ingin tambah ubat bius, boleh beritahu doktor gigi kami.
Gusi berdarah selalunya tanda awal radang gusi (gingivitis) akibat pengumpulan plak. Dapatkan cuci gigi secara profesional di Adda Dental.
Biasanya mengambil masa 15 hingga 30 minit, bergantung kepada tahap kebersihan mulut dan rawatan yang diperlukan.
Ya, kami adalah panel sah untuk AIA, Medident, HealthMetrics, ASP, PMCare, dan MBJB. Sila bawa kad atau aplikasi anda semasa pendaftaran.
Ibu Mengandung & Kanak-kanak
Ya, selamat. Rawatan seperti cuci gigi dan tampalan digalakkan untuk mengelakkan jangkitan gusi yang kerap berlaku semasa hamil. Namun, prosedur X-ray biasanya akan dielakkan kecuali kecemasan.
Sebaik sahaja gigi pertama tumbuh atau selewat-lewatnya pada usia 1 tahun. Ini untuk membiasakan anak dengan suasana klinik.
Gigi susu berfungsi untuk mengunyah dan “memegang ruang” untuk gigi kekal. Jika dicabut terlalu awal, gigi kekal mungkin tumbuh senget.
Doktor kami sangat berpengalaman dalam mengendalikan kanak-kanak.
Ortodontik (Braces & Invisalign)
Biasanya antara 11 hingga 14 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh memakainya. Tiada istilah “terlalu tua” untuk braces!
Braces menggunakan besi dan dawai, manakala Invisalign menggunakan aligner lutsinar yang boleh ditanggal dan hampir tidak kelihatan.
Tidak semestinya. Ia bergantung kepada ruang rahang anda. Doktor akan melakukan X-ray dan acuan digital terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Secara purata antara 18 hingga 24 bulan atau lebih, bergantung kepada tahap keseriusan susunan gigi anda.
Untuk mengelakkan gigi anda berganjak semula ke kedudukan asal (relapse). Retainer mengekalkan senyuman anda.
Pembedahan & Gigi Bongsu (MOS)
Hanya jika ia tumbuh senget (impak), menyebabkan kesakitan, bengkak, atau merosakkan gigi bersebelahan.
Kawasan tersebut akan dibius sepenuhnya. Anda tidak akan rasa sakit semasa prosedur, cuma akan rasa sedikit tekanan.
Luka biasanya sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari. Kami akan memberikan sijil cuti sakit (MC).
Estetik & Pemulihan (Veneer, Whitening, Gigi Palsu)
Jika dilakukan secara profesional di klinik, ia selamat dan tidak menipiskan enamel. Kami menggunakan bahan yang diluluskan secara klinikal.
Veneer porselin boleh bertahan 10 hingga 15 tahun bergantung pada penjagaan dan pemakanan.
Gigi palsu fleksibel lebih selesa, ringan, dan tiada cangkuk besi kelihatan, manakala akrilik lebih mampu milik dan mudah diubahsuai.
Ya, kerana implan berfungsi seperti akar gigi asli, lebih stabil, dan tidak perlu dibuka pasang.
Soalan Popular Lain
Ya, kami menyediakan pelan pembayaran ansuran (0% interest) untuk rawatan braces, Invisalign, dan rawatan tertentu.
Ini tanda gigi sensitif atau enamel yang menipis. Doktor akan memeriksa jika terdapat lubang atau masalah gusi (recession).
Boleh. Rawatan akar dilakukan untuk menyelamatkan gigi yang sudah rosak sehingga ke saraf daripada dicabut.
Masih ada soalan yang belum terjawab?
Jangan risau, pasukan kami sedia membantu. Hubungi kami secara terus melalui WhatsApp untuk konsultasi pantas.
![]()





